Setelah ditutup tahun lalu, masjid di Singapura akan kembali membuka pintunya bagi solat tarawih dan qiamullail pada Ramadan tahun ini, meskipun secara terhad sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah Covid-19. BERITA HARIAN menjenguk persiapan yang sedang dilakukan masjid setempat, Masjid Khalid, yang akan menyambut jemaah dalam keadaan yang berbeza tahun ini. Sementara itu, bubur masjid juga akan kembali diagihkan di beberapa masjid tahun ini, menurut syarikat katering dan pembekal bubur
SETELAH masjid di Singapura terpaksa ditutup kerana Covid-19 pada Ramadan lalu, pengerusi Masjid Khalid, Encik Allaudin Mohamed, bersyukur masjid akan kembali membuka pintunya Ramadan ini, meskipun secara terbatas.