Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Renungkan, bertindak dalam 3 isu penting: Yaacob

Aug 22, 2017 | 05:30 AM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, mengajak masyarakat membincang dan mengemukakan pandangan mengenai tiga isu yang dikemukakan Perdana Menteri Lee Hsien Loong di Rapat Hari Kebangsaan kelmarin.



Tiga isu penting yang menjejas Singapura itu ialah meningkatkan pendidikan prasekolah, menjadikan Singapura Negara Bijak dan memerangi penyakit kencing manis.



"Ketiga-tiga isu ini penting bagi kita semua renungkan," kata Dr Yaacob ketika ditemui menyusuli ucapan Encik Lee.



Dalam hal ini, beliau mengajak masyarakat menyertai dialog mengenai perkara itu yang akan diadakan menerusi wadah Facebook Live malam ini.



Dalam sesi yang akan diadakan menerusi laman Facebook BeritaHarianSG pada 7.45 malam ini, Dr Yaacob dan Anggota Parlimen GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam, mahu bertukar-tukar pandangan bersama masyarakat mengenai ketiga-tiga isu tersebut.



Menerusi dialog Facebook Live itu, orang ramai berpeluang mengemukakan pertanyaan dan pandangan kepada Dr Yaacob dan Cik Rahayu.



Mereka yang mahu menyertainya memerlukan akaun Facebook.



Dialog anjuran unit maklum balas pemerintah Reach dengan kerjasama Berita Harian dan Yayasan Mendaki itu antara usaha berterusan mendekati masyarakat dan membincangkan isu penting di peringkat nasional.



Bercakap kepada media selepas Rapat Hari Kebangsaan, Dr Yaacob berkata tiga isu yang dibentangkan Encik Lee itu penting kerana ia akan menjejas Singapura pada jangka masa panjang.



Oleh itu, masyarakat harus memikirkan bersama bagaimana mereka boleh berganding bahu dengan pemerintah dan pertubuhan masyarakat untuk mengatasi cabaran itu.



"Sebagai contoh, dari segi prasekolah, ia memberi peluang kepada anak-anak dan keluarga, dan saya rasa masyarakat harus mengambil peluang... dan Mendaki juga akan bersama mereka untuk memastikan setiap individu diberi peluang mengikuti prasekolah," kata Dr Yaacob.



"Dari segi cabaran kencing manis, kita tahu ini satu cabaran penting bagi masyarakat kita dan diet serta gaya hidup kita harus berubah.



"Dari segi Negara Bijak, ini satu peluang baik bagi anak muda kita dan golongan dewasa... kerana kita tahu IT akan digunakan dalam semua pekerjaan yang ada sekarang dan pada masa akan datang."



Beliau menambah bahawa masyarakat juga harus mengambil peluang menimba ilmu baru dan memikirkan cara mereka boleh menggunakan ilmu itu untuk menjalankan kerja mereka dengan lebih baik dan berkesan.



Encik Lee berkata meskipun ketiga-tiga isu itu isu jangka panjang, persediaan harus dibuat sekarang agar warga Singapura dapat meraih manfaatnya pada hari muka.



Sertai sesi dialog Facebook bersama Dr Yaacob Ibrahim dan Cik Rahayu Mahzam di laman Facebook BeritaHarianSG pada 7.45 malam ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >