Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Resipi mi soto sihat: Rebus, tidak tumis rempah

Aug 20, 2017 | 10:53 PM



MESKIPUN kuah mi soto yang dijualnya tidak ditumis dan tidak menggunakan minyak, rasanya tetap enak.



Malah, menurut pemilik gerai Haji Salim Food Stall, Cik Salma Salim, 52 tahun, permintaan bagi mi sotonya amat menggalakkan.



“Ramai yang suka kerana mi soto saya tidak berminyak. Mereka juga menyatakan dari segi rasa, ia tetap sedap,” ujarnya.



Gerai Cik Salma, yang terletak di Our Tampines Hub (OTH), menjual mi soto lebih sihat dan pada harga berpatutan, iaitu kira-kira $2.80 semangkuk. 



Cara Cik Salma menyiapkan masakan mi soto antara contoh yang disebut Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di Rapat Hari Kebangsaaan Ahad (20 Ogos).



Selain merebus dan tidak menumis bahan-bahannya, kata Encik Lee, Cik Salma mengurangkan garam dan langsung tidak menggunakan bahan pengawet.



Menurut Cik Salma, yang telah menjaja makanan bersama bapanya dengan nama gerai yang sama di pusat penjaja di Tanjong Pagar selama 20 tahun, mi soto yang mereka jual dulu ditumis dengan menggunakan minyak yang agak banyak.



Tetapi sekarang, untuk memasak kuah mi soto, beliau sekadar merebus daging ayam dan tidak menggunakan minyak langsung.



Lemak ayam juga dibuang untuk memastikan kuahnya menyihatkan. 



“Sekarang, semakin ramai orang lebih peka tentang pentingnya makan makanan sihat dan tidak berminyak.



“Oleh itu, saya mahu menyediakan pilihan sedemikian tanpa menjejas rasanya,” kata Cik Salma.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >