Respons S'pura terhadap kenyataan Jepun peringati Perang Dunia Kedua

SINGAPURA telah mengeluarkan responsnya kepada ucapan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe bagi memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia Kedua.

Dalam kenyataan awal pagi ini, Kementerian Ehwal Luar (MFA) mengambil perhatian ucapan Encik Abe Jumaat lalu bahawa beliau melahirkan kesedihan mendalam dan ucapan takziah ikhlas terhadap mereka yang terkorban semasa peperangan tersebut.

MFA berkata ucapan tersebut juga memaklumi bahawa Jepun telah beberapa kali melahirkan kekesalan dan permohonan maaf tulus ikhlas terhadap dasar mereka semasa peperangan itu.

Kementerian tersebut juga mengambil perhatian kenyataan Encik Abe bahawa Jepun harus menerima apa yang telah berlaku pada masa lalu dan mengambil pengajaran daripada sejarah serta melakukan segala usaha untuk keamanan dan kemakmuran.

Ia juga mengambil perhatian bahawa Maharaja Akihito juga melahirkan perlunya Jepun merenung kembali tentang perbuatannya masa lalu sambil melahirkan perasaan sesal amat mendalam terhadap peperangan tersebut.  

Singapura, katanya, tidak melupakan kedahsyatan dan kesengsaraan semasa Perang Dunia Kedua.

Jepun harus menanggung tanggungjawab bagi peperangan itu.

Namun, pada masa yang sama adalah sama penting semua negara membina kenyataan-kenyataan yang dibuat Maharaja Akihito dan Encik Abe serta kabinet-kabinet lalu Jepun untuk mencari perdamaian dan maju ke hadapan, kata MFA.

"Ini akan memanfaatkan rantau kita dan dunia," kata MFA.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 70
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.