Retak ditemui di bumbung kaca Kallang Wave Mall

KEGIATAN memanjat di kemudahan memanjat tembok di Kallang Wave Mall telah digantung buat sementara ini, kata pengendalinya.

Climb Central dalam posting Facebooknya malam semalam berkata "oleh kerana keadaan yang tidak dijangka dialami oleh bumbung kaca di kemudahan memanjat kami, semua kegiatan memanjat dihentikan sehingga notis selanjutnya".

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa terdapat keretakan di bumbung kaca yang berada di atas kemudahan dalam pusat beli-belah itu.

Pusat seluas 41,000 meter persegi itu, yang merupakan sebahagian daripada Hab Sukan Singapura bernilai $1.3 bilion, dibuka kepada umum sekitar empat minggu lalu.

Selain butik-butik fesyen popular, ia juga memuatkan kemudahan memanjat tembok tertinggi di Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 37
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.