Ribuan saksi pagi jadi petang dek gerhana matahari

SAMBIL mendongak dan mata terpaku di langit, beribu-ribu orang di Singapura dan rantau ini menyaksikan gerhana matahari pada pagi Rabu (9 Mac).

Ia bermula pada kira-kira 7.20 pagi waktu Singapura, memuncak pada 8.23 pagi apabila 87 peratus daripada matahari dikaburkan bulan.

Ia membuat matahari berbentuk sabit berwarna oren terang, dan menghasilkan bayangan yang menyelubungi pulau ini - dengan pagi menjadi malam seketika.

Fenomena itu berakhir pada kira-kira 9.30 pagi.

Antara tempat yang dibanjiri orang untuk melihat kejadian luar biasa itu ialah di Pusat Sains Singapua, yang menyediakan penguncung cermin mata solar untuk melihatnya dengan selamat, dan Taman Labrador, yang terdapat teleskop dengan tapisan solar yang disediakan oleh Persatuan Astronomi Singapura (Tasos).

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara matahari dan bumi, membentuk bayangan pada permukaan bumi. Gerhana separuh, seperti yang dilihat di Singapura, berlaku apabila sebahagian daripada matahari dikaburi bulan.

Sebanyak 146 gerhana telah atau boleh dilihat di Singapura antara 1700 dan 2100. Gerhana terakhir berlaku pada Januari 2009, manakala gerhana matahari seterusnya akan berlaku pada 26 Dis 2019.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.