NILAI mata wang ringgit (RM) telah merosot ke paras terendah dalam tempoh 10 bulan berbanding dolar Singapura.
Ini ekoran kemerosotan harga minyak mentah yang berterusan boleh menjejas Malaysia yang mengeksportnya.
Sedolar Singapura kini boleh membeli RM2.63 pada 4 petang tadi - kemerosotan 2.3 peratus daripada RM2.57 minggu lalu.
Ringgit telah merosot 2.5 peratus berbanding dolar Amerika dalam dua hari, kemerosotan paling banyak sejak Jun 1998.
Para pengamat berkata, Malaysia dijangka antara negara Asia paling teruk terjejas dengan kemerosotan dalam harga minyak global itu.
Ini memandangkan industri berkaitan minyak merangkumi sepertiga pendapatan Malaysia.