NILAI ringgit Malaysia (RM) berbanding dolar Singapura jatuh lagi minggu ini, membuat ramai orang berpusu-pusu ke pengurup bagi menukar dolar Singapura kepada RM, yang sehingga 5 petang semalam ditawar pada kadar tukar RM2.66 bagi setiap dolar Singapura.
Kadar tukaran itu merupakan kemerosotan 1.1 peratus, daripada kadar RM2.63 awal bulan ini.