Ringgit terus naik, $1 kini kurang daripada RM3

RINGGIT Malaysia terus naik pada pagi Rabu (25 Nov), hasil kenaikan harga minyak, yang mencerahkan ramalan ekonomi negara pengeksport minyak itu.

Ia naik 0.4 peratus untuk mencapai kadar 2.9923 bagi setiap dolar Singapura pada 10.30 pagi - kali pertama dalam lebih sebulan sedolar Singapura bernilai kurang RM3.

Kali terakhir dolar Singapura ditutup di bawah kadar 3 berbanding ringgit, iaitu 2.9843, ialah pada 13 Oktober.

Kenaikan ringgit itu datang sedang harga hadapan minyak Brent kekal melebihi AS$46 setong berbanding di bawah paras AS$45 baru-baru ini.

Laporan bahawa syarikat pelaburan kerajaan Malaysia yang dilanda skandal hutang, 1Malaysia Development Berhad, telah menjual aset tenaganya sebanyak RM9.83 bilion juga disambut baik pasaran.

Sementara itu, dolar Amerika jatuh sekitar 0.6 peratus kepada 1.4059 berbanding dolar Singapura.

Euro juga turun 0.4 peratus kepada 1.5008 berbanding dolar Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.