SUARA anak biasanya tidak didengar dalam proses pernikahan semula dan ibu bapa mungkin tidak memahami keprihatinan anak, kata Vista Sakinah.
"Anak-anak masih pulih daripada kehilangan dalam perkahwinan sebelumnya dan kehilangan ini mungkin tidak diatasi secukupnya sebelum ibu atau bapa mereka berkahwin lagi," ujar Vista Sakinah untuk menjawab pertanyaan Berita Minggu.