Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Risiko sewakan kereta tanpa perlindungan insurans tambahan

Oct 14, 2015 | 11:11 AM



PEMANDU yang menggunakan kenderaan mereka untuk perkhidmatan kereta sewa privet seperti UberX dinasihatkan Persatuan Insurans Am (GIA) supaya mendapatkan perlindungan insurans kenderaan, bagi mengelakkan kemungkinan menghadapi kerugian kewangan.


Ini kerana polisi insurans kereta persendirian mengandungi syarat "had penggunaan" yang membataskan penggunaan kenderaan bagi tujuan "sosial, domestik dan keseronokan".


Ini bermakna jika kenderaan itu digunakan untuk "sewa atau ganjaran", seperti membawa penumpang dengan mengenakan bayaran, syarikat insurans berhak membatalkan polisi atas sebab pelanggaran waranti, dan pemegang polisi tidak boleh mendapat perlindungan.


Sekiranya berlaku kemalangan, syarikat insurans tidak akan bertanggungjawab untuk membayar bagi kerosakan ke atas kenderaan itu, kerosakan ke atas harta benda pihak ketiga, atau kecederaan anggota badan akibat daripada kemalangan itu.


Menurut akhbar The Staits Times, pengarah eksekutif GIA, Encik Derek Teo, berkata persatuan itu perhatikan penggunaan kenderaan penumpang untuk mendapatkan "sewa dan ganjaran", iaitu membawa penumpang dengan mengenakan tambang, semakin bertambah.


Penumpang kereta yang dibawa dengan dikenakan tambang dilindungi di bawah Akta Kenderaan Bermotor (Risiko Pihak Ketiga dan Pampasan), yang tidak membenarkan syarikat insurans menafikan pampasan kepada pihak yang menuntut bagi kecederaan anggota badan pihak ketiga.


Pemilik kenderaan di Singapura wajib membeli perlindungan insurans bagi kematian atau kecederaan tubuh badan pihak ketiga, termasuk penumpang.


Bagaimanapun, akta itu juga membolehkan syarikat insurans mendapatkan pampasan yang dibayarnya kepada pihak ketiga daripada pemegang polisi kenderaan jika polisinya terhad kepada penggunaan sosial, domestik dan keseronokan.


"Oleh kerana kebanyakan kes tuntutan kecederaan melibatkan jumlah besar, pemegang polisi akan mengalami kerugian kewangan berat jika tidak dilindungi oleh polisi insurans motor yang diperluas," ujar Encik Teo.


Pemandu yang ingin meluaskan "had penggunaan" atau had klausa "sosial, domestik dan keseronokan" boleh menghubungi syarikat insurans untuk memeriksa dasar perlindungan mereka dan membayar premium tambahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >