CIK SARIFAH (bukan nama sebenar) begitu gembira kerana akhirnya ada pasangan berminat membeli flatnya.
Kehadiran pasangan itu mengakhiri penantian lebih empat bulan dan keresahan mendapatkan pembeli, lebih-lebih lagi flatnya kurang tarikan - diubah suai ala kadar, terletak di tingkat rendah, terdedah kepada bunyi bising kerana dekat dengan Ekspreswe Tampines.