MENGAMBIL pendekatan yang berbeza mungkin sesuatu yang menggerunkan tetapi langkah Keppel Corp untuk mengambil alih M1 dan pada masa di mana industri telco setempat dibelenggu bahang persaingan yang sengit sekali mungkin dianggap satu 'resolusi yang gembira' bagi semua pihak.
Ini termasuk juga pemegang saham M1 yang lain yang mungkin tidak sanggup lagi mengharungi tempoh masa depan yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian.