Rizab asing Singapura naik ke $357.8b pada September

JUMLAH rizab asing Singapura naik daripada $353.2 bilion pada Ogos ke $357.8 bilion bulan lalu, menurut statistik yang dikeluarkan pada Rabu (7 Oktober) oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Peningkatan itu hasil daripada peningkatan ketiga-tiga komponen rizab - emas dan mata wang asing, kedudukan rizab Singapura dalam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan aset rizab tukaran asing tambahan, yang dikenali sebagai hak pengeluaran khas (SDR).

Jumlah rizab asing pada September itu meningkat 5.4 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.