Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rogol budak: Pengendali kren dihukum jel 12 tahun, sebat 9 kali

Apr 13, 2016 | 12:06 PM



SEORANG lelaki berusia 39 tahun yang merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun selepas bertemunya melalui aplikasi mesej telefon mudah alih, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan rotan sembilan kali pada Rabu (13 April).



Lee Seow Peng, seorang pengendali kren, didapati bersalah pada Januari selepas perbicaraan sembilan hari bagi pertuduhan rogol berkanun, mengasuh seseorang kanak-kanak untuk seks dan cuba membuat budak itu melakukan perbuatan sumbang.



Semasa perbicaraan, mahkamah mendengar bahawa Lee, yang menggunakan nama Lucifer, pertama bertemu budak itu melalui aplikasi tersebut pada Mei 2012, dan bertukar-tukar mesej dengannya.



Beberapa hari kemudian, dia mengambil budak itu dekat sekolahnya dan membawanya ke tempat letak kereta terbuka di Taman Cina dan mengadakan hubungan seks dengannya di tempat duduk belakang keretanya.



Kesalahan-kesalahan tersebut terdedah selepas ibu budak itu terlihat mesej Lee apabila dia cuba mengatur satu lagi pertemuan dengannya.



Lee, yang sudah berkahwin, kini bebas dengan ikat jamin $100,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >