Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rogol pengunjung: Bekas peronda pantai Sentosa dihukum jel 11 tahun, rotan 12 kali

Oct 03, 2016 | 02:17 PM



SEORANG bekas pegawai peronda pantai Sentosa dihukum penjara lebih 11 tahun dan rotan 12 kali kerana merogol dan melakukan serangan seks ke atas seorang pengunjung mabuk di Pantai Siloso.



Pram Nair, 27 tahun, didapati bersalah pada Julai melakukan kesalahan itu ke atas seorang guru ganti berusia 20 tahun, yang menghadiri sebuah parti di kelab dan restoran House Wave di pantai tersebut.



Wanita itu, yang bersama seorang kawan perempuan pada malam 5 Mei 2012, mabuk setelah meminum arak dan Nair menghampiri mereka di bar dan mula berbual dengan mereka.



Nair mencadangkan mereka bermain permainan yang melibatkan dia menuang minuman keras dari botol terus ke dalam mulut mangsa selama 20 saat. Selepas beberapa minuman, mangsa mula mengalami hilang ingatan.



Beberapa ketika kemudian, rakannya memutuskan untuk balik dan pergi mendapatkan beg mangsa di bahagian lain kelab itu. Apabila beliau kembali, mangsa dan Nair tiada lagi di situ.



Semasa perbicaraan 15 hari dari Ogos tahun lepas hingga April lalu, mangsa berkata beliau tidak ingat apa yang berlaku selepas rakannya pergi mendapatkan begnya.



Wanita itu memberi keterangan bahawa beliau tersadar di pantai kerana sakit dirogol Nair. Beliau menangis dan berulang kali menyuruh Nair supaya berhenti tetapi terlalu lemah untuk menolaknya.



Dua pengunjung parti itu yang sedang berjalan di pantai menghubungi polis apabila mereka melihat Nair di atas mangsa sedang beliau cuba menolaknya.



Pada Isnin, Hakim Woo Bih Li menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 19 hari serta rotan 12 kali bagi satu tuduhan merogol dan satu tuduhan serangan seks dengan penembusan.



Hukuman penjara mengambil kira Nair telah ditahan reman selama 11 bulan dan 11 hari selepas dia ditangkap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >