Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rowsley, Thomson Medical ganding bahu bangun hab kesihatan di Iskandar

Dec 07, 2015 | 06:37 PM



FIRMA hartanah dan pelaburan Rowsley akan berganding bahu dengan penyedia khidmat jagaan kesihatan Thomson Medical untuk membangunkan sebuah projek bandar jagaan kesihatan di Iskandar bernilai RM5 bilion (S$1.67 bilion).


Rowsley hari ini berkata Thomson Medical akan memberi nasihat tentang aspek-aspek jagaan kesihatan bagi projek Vantage Bay Healthcare City itu.


Thomson Medical juga akan menilai peluang-peluang untuk mengendalikan komponen-komponen relevan bagi projek tersebut, sama ada secara sendiri atau bersama pihak ketiga.


Rowsley sebelum ini pernah menyatakan bahawa ia akan membangunkan Vantage Bay sebagai bandar jagaan kesihatan dengan matlamat untuk menjadikannya destinasi jagaan kesihatan utama di Asia.


Projek Vantage Bay Healthcare City seluas 9.23 hektar hanya berada sekitar satu kilometer dari Koswe.


Ia akan merangkumi sebuah hospital pakar, kemudahan jagaan jangka panjang, hospital mengajar, sekolah perubatan, institusi latihan dan penyelidikan, resort kesejahteraan bandar, khidmat runcit kesejahteraan dan kemudahan-kemudahan lain yang berkaitan.


Rowsley berkata ia merancang untuk membiayai pelaburan tersebut menerusi gabungan pembiayaan termasuk pendanaan ekuiti daripada pelabur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >