Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Roy Ngerng bayar ganti rugi secara ansur

Bayar $100 sebulan mulai April hingga 2021; $1,000 sebulan hingga 2033
Mar 14, 2016 | 03:58 PM



PENULIS blog, Roy Ngerng, dibenarkan membayar gantirugi berjumlah $150,000 kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong secara beransur-ansur, menurut peguamnya, Encik Eugene Thuraisingam dalam kenyataan hari ini.



Ngerng, 34 tahun, telah meminta untuk dilepaskan daripada membayar $36,000 daripada $150,000 yang perlu dibayar termasuk kos perbicaraan, yang ditolak Encik Lee, menurut setiausaha akhbar beliau, Cik Chang Li Lin, dalam responsnya kepada pertanyaan pemberita.



"Perdana Menteri telah memberi respons bahawa Encik Ngerng perlu melunaskan keseluruhan hutangnya, tetapi beliau bersedia memberi Encik Ngerng masa untuk membayar $150,000 secara beransur-ansur, dengan syarat dia membayar kos (perbicaraan) dengan serta-merta," katanya.



"Encik Ngerng telah bersetuju dan ini telah dicatatkan oleh mahkamah pagi ini."



Encik Thuraisingam, yang mewakili Ngerng secara percuma sejak 23 Disember tahun lalu, berkata, anak guamnya akan mula membayar $100 sebulan mulai 1 April.



Kaedah pembayaran ini akan berterusan selama lima tahun mendatang hingga 1 April 2021, apabila jumlah pembayaran akan bertambah kepada $1,000 sehinggalah keseluruhan jumlahnya dibayar penuh.



Ngerng dijangka akan selesai membayar keseluruhan jumlah wang itu pada 2033.



Dia tidak perlu membayar sebarang faedah jika dia membuat setiap pembayaran tepat pada masanya.



Sekiranya dia gagal berbuat demikian, keseluruhan jumlah yang belum dilunaskan - termasuk faedah bagi Keputusan Mahkamah - akan perlu dibayar.



Kadar faedah ini, yang ditetapkan mahkamah, adalah mengikut kadar asas 5.33 peratus setahun.



Ngerng juga perlu membayar kos bagi perbicaraan untuk Penilaian Pampasan, yang mana ia dipersetujui pada jumlah $30,000, pada Rabu ini (16 Mac).



Encik Thuraisingam mendedahkan bahawa satu perbicaraan diadakan pagi tadi untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujahan bertulis dan untuk Hakim memutuskan kos yang perlu dibayar Ngerng kepada Encik Lee.



Bagaimanapun, Encik Thuraisingam telah pun bersetuju dengan syarat-syarat baru dengan peguam Encik Lee lewat minggu lalu.



Pada 17 Disember tahun lalu, Ngerng telah diperintahkan untuk membayar Encik Lee $150,000 kerana memfitnahnya selepas Hakim Lee Seiu Kin, dalam keputusan setebal 73 halaman, berkata, sikap penulis blog itu adalah jahat dan "secara sinis telah memfitnah" Encik Lee untuk meningkatkan kunjungan ke blognya, The Heart Truths.



Jumlah itu meliputi $100,000 bagi ganti rugi am dan $50,000 bagi ganti rugi teruk.



Encik Lee ketika itu menyatakan beliau menerima keputusan dan nilai pampasan yang diputuskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >