BLOGGER Roy Ngerng telah diarah oleh Mahkamah Tinggi supaya membayar Perdana Menteri Lee Hsien Loong $150,000 kerana memfitnah.
Hakim Lee Seiu Kin berkata Ngerng mempunyai niat jahat dalam kelakukannya dan kemungkinan "fitnah sinisnya" ke atas Encik Lee itu bertujuan untuk meningkatkan kunjungan orang ramai terhadap blognya.
Hakim Lee turut menyatakan bahawa tuduhan Ngerng terhadap Encik Lee tentang isu Tabung Simpanan Pekerja (CPF) merupakan satu tuduhan "paling serius yang dilemparkan terhadap seseorang individu, apatah lagi kepada seorang ketua pemerintah".