RP batal salah satu rapatnya pada malam terakhir kempen

PARTI Pembaharuan (RP) telah membatalkan salah satu rapat yang telah dijadualkannya pada malam terakhir kempen pilihan raya.

Polis berkata, parti tersebut membatalkan rapatnya bagi Radin Mas di Padang Hoki Delta yang sepatutnya berlangsung dari 7 malam hingga 10 malam ini (9 September).

Rapat RP yang lain bagi GRC Ang Mo Kio di padang berhadapan Blok 982 Buangkok Crescent akan diteruskan seperti dirancang.

Malam ini akan melihat kesemua sembilan parti politik mengadakan 14 rapat di serata pulau. Ia bermula dari 7 malam hingga 10 malam.

Ini termasuk Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang akan mengadakan enam rapat termasuk bagi GRC Jalan Besar dengan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dijangka berucap, dan Parti Pekerja (WP) yang akan mengadakan rapat bagi GRC East Coast, dilihat sebagai kerusi panas dalam pilihan raya kali ini.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.