RRG terbit buku panduan tangani fahaman ideologi ISIS

Nur Adilah Mahbob

KUMPULAN Pemulihan Agama (RRG) telah mengambil beberapa langkah demi mempergiat usaha menangani ideologi pelampau menyusuli kes belia radikal sendiri baru-baru ini.

Ini termasuk menghasilkan buku panduan kaunseling ketiganya, mengadakan lebih banyak ceramah di masjid dan memperkenalkan satu talian bagi membolehkan orang ramai mendapat nasihat daripada RRG tentang fahaman radikal.

Ini diumumkan di Rahat ke-11 RRG di Orchid Country Club tadi.

Rahat tersebut turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Ehwal Dalam Negeri.

RRG telah menghasilkan manual kaunseling ketiga bagi membimbing kaunselor untuk menyangkal naratif pengganasan kumpulan pengganas ISIS.

Buku panduan itu akan membidas konsep seperti khalifah Islam ISIS, kewajipan jihad, serta membincangkan topik seperti kehidupan Muslim dalam sekitaran sekular.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 62
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.