PARA penumpang dari Singapura dan Malaysia boleh menjangkakan khidmat Sistem Transit Laju (RTS) Link bermula di akhir 2026.
Baru-baru ini, kededua negara telah secara rasminya menyambung semula projek itu yang ditunda beberapa kali, dengan kehadiran Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong dan rakan sejawatannya Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin di garisan sempadan Koswe.