SEJAK penubuhannya pada 2008 hingga kini, Rumah Wanita Casa Raudha telah membantu 520 wanita mangsa keganasan serta anak-anak mereka.
Rumah itu ditubuhkan dengan tujuan utama menyediakan tempat perlindungan sementara dan permulaan hidup baru bagi wanita yang menjadi mangsa keganasan dan kekasaran di rumah seperti suami atau ahli keluarga lain.