Amalan saling mengunjung sempena perayaan merupakan perkara biasa di sebuah estet perumahan privet di Kandis Walk dekat Sembawang.
Jika Hari Raya rumah Encik Rahmat Hassan (baju putih) dikunjungi keluarga Encik Murali (bersama anak kecil) Pillai, Deepavali pula sebaliknya.
Rumah Encik Murali menjadi tumpuan jiran tetangga selain saudara maranya semalam sempena Deepavali.
Encik Murali yang juga Anggota Parlimen Bukit Batok berkata amalan sedemikian telah dilakukannya sejak 11 tahun lalu.