Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan di Little India: Pemandu bas tidak hadapi tindakan

Feb 11, 2014 | 01:53 PM



PEMANDU bas yang terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan rusuhan di Little India pada Disember lalu tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang.


Satu semakan yang dibuat ke atas bukti-bukti yang ada menunjukkan Encik Lee Kim Huat, yang juga menggunakan nama Lim Hai Tiong, didapati tidak melakukan sebarang kesalahan hingga membawa kepada kemalangan itu, kata Pejabat Peguam Negara dalam kenyataannya hari ini.


Rusuhan di Little India pada 8 Duisember lalu, tercetus setelah bas privet yang dipandu oleh Encik Lee telah menggilis pekerja binaan berusia 33 tahun, Sakthivel Kumaravelu, seorang warga India, di Race Course Road.


Pemandu bas itu telah ditangkap keesokan harinya dan dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan dan empat kamera yang dipasang dalam bas itu dirampas.


Encik Sakthivel telah diminta untuk turun dari bas tersebut petang itu, kerana kelakuannya akibat mabuk arak.


Dia akur, tetapi berjalan terhoyong-hayang ke arah Race Course Road.


Hasil pemeriksaan darah ke atasnya mendapati, kandungan alkohol dalam arah berada di paras 217mg/100ml darah, hampir tiga kali ganda dari had yang dibolehkan untuk memandu.


Rakaman video menunjukkan mendiang telah mengejar bas tidak lama selepas ia mula bergerak, dengan tapak tangan kanan diletakkan pada bahagian kiri bas yang bergerak itu.


Tindakan tersebut menyebabkan mendiang hilang pertimbangan dan jatuh di laluan bas yang sedang bergerak itu.


Akhbar The Straits Times tadi melaporkan, sepanjang kejadian itu, pemandu sedang bergerak pada kelajuan 5.6 hingga 5.9 kilometer sejam.


Pemandu bas itu memberi tumpuan kepada kesesakan orang ramai berdekatan basnya, dan bergerak di antara kenderaan yang berada di tepi dan yang sedang bergerak di sepanjang Tekka Lane.


Kemalangan berlaku apabila pemandu bas itu sedang cuba menyusur keluar dari Tekka Lane ke Race Course Road, semasa pemandu sedang melihat ke arah laluan trafik yang datang dari arah kanannya.


Disebabkan itu, beliau "tidak boleh dijangka untuk melihat mendiang sedang mengejar bas tersebut. Ataupun si pemandu boleh menjangkakan si mati akan terjatuh di laluan bas itu," menurut kenyataan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >