Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rusuhan Little India: Perbicaraan COI bermula Rabu ini

Feb 14, 2014 | 03:05 PM



PERBICARAAN awam oleh Jawatankuasa Siasatan (COI) yang ditugaskan untuk menyiasat rusuhan di Little India bulan lalu akan dimulakan Rabu ini, sekitar 10 pagi.


Perbicaraan itu dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya empat minggu.


Jawatankuasa itu berkata, ia merancang untuk mengetengahkan sekurang-kurangnya 70 saksi, termasuk pemandu bas dan penjaga masa bas tersebut yang terlibat dalam kemalangan membawa maut hingga mencetuskan rusuhan.


Ia juga telah meneliti kenyataan-kenyataan yang diambil oleh para penyiasat Biro Narkotik Pusat, yang telah menemuramah hampir 300 saksi.


Jawatankuasa itu juga telah melawat tempat rusuhan tersebut dan menemui para pekerja asing yang telah dihantar pulang ekoran penglibatan mereka dalam rusuhan tersebut, selain menemui mereka yang tinggal dalam asrama-asrama pekerja asing sekitar kawasan itu.


Ini dilakukan bagi mendapatkan pandangan mereka berhubung rusuhan itu, termasuk tentang keadaan kehidupan pekerja asing di Singapura.


Perbicaraan akan diadakan di Mahkamah Rendah, bilik mahkamah 13.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >