Rusuhan Little India: Sekitar 10 orang cuba menterbalikkan bas

SEKITAR 10 perusuh telah cuba mentebalikkan sebuah bas yang sebelumnya telah melanggar seorang warga India, kata seorang pekerja asing yang berada di tempat rusuhan di Little India Disember lalu.

Dalam sesi keterangan Jawatankuasa Siasatan (COI) tadi, pekerja binaan, Encik Kannadasan Murugan, 34 tahun, berkata beliau sedang berada di Little India bersama rakan-rakannya pada malam tersebut bila mendengar tentang kemalangan yang berlaku dan orang ramai berkerumun dalam suasana yang ganas.

Beliau kemudian melihat beberapa orang cuba menterbalikkan bas privet itu.

"Saya nampak sekitar 10 orang cuba mengangkat bas tersebut," kata beliau menerusi penterjemah.

"Tapi mereka tidak boleh angkat, justeru mereka menurunkannya semula," katanya.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 15
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.