Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

S$ 'mungkin ketinggalan berbanding mata wang lain' tahun ini

Apr 20, 2016 | 08:10 AM



DOLAR Singapura (Singdollar) dijangka lemah berbanding mata wang serantau utama, misalnya ringgit, tahun ini apabila pertumbuhan ekonomi di sini menjadi perlahan.



Penganalisis berkata langkah Penguasa Kewangan Singapura (MAS) baru-baru ini bagi menghentikan Singdollar daripada terus meningkat berbanding sekumpulan mata wang akan juga menjejaskan prestasinya pada bulan-bulan akan datang.



Singdollar menjadi mata wang serantau berprestasi ketiga terbaik berbanding dolar Amerika sejauh ini tahun ini, tetapi ia tidak mungkin mengekalkan kedudukannya, kata Encik Sim Moh Siong, strategis mata wang kanan di Bank Singapura, lapor akhbar The Straits Times pada Rabu (20 Apr).



"Ia mungkin jatuh dalam ranking daripada antara yang terbaik kepada antara yang ketinggalan," katanya.



Ini disebabkan unjuran lemah bagi pertumbuhan ekonomi Singapura tahun ini dek permintaan global yang berkurangan.



Langkah mengejut MAS pada 14 April untuk menetapkan kadar kenaikan dolar kepada sifar peratus menekankan prospek suram ekonomi Singapura, dan akan juga menghentikan pengukuhan Singdollar berbanding mata wang lain rantau ini, kata penganalisis.



Terdapat juga faktor luaran yang akan membebankan Singdollar tahun ini.



Ahli strategi tukaran asing kanan Credit Suisse, Encik Heng Koon How, berkata Rizab Federal Amerika dijangka menyambung langkah menaikkan kadar faedah pada separuh kedua tahun ini.



Ini dilihat sebagai nilai tambah bagi dolar Amerika tetapi mungkin mempunyai kesan negatif ke atas mata wang Asia seperti Singdollar apabila pelabur keluar dari rantau ini dan beralih ke Amerika.



Namun, penganalisis menjangka beberapa mata wang serantau bergerak lebih baik daripada Singdollar, khususnya ringgit, yang berada di landasan lebih kukuh tahun ini selepas merosot ke beberapa kadar paling rendah baru berbanding dolar Singdollar tahun lepas.



Ringgit Malaysia telah meningkat hampir 5 peratus berbanding Singdollar sejak Januari - sedolar Singdollar kini boleh membeli kira-kira RM2.90, berbanding kira-kira RM3.05 empat bulan lalu.



Mata wang yang telah menunjukkan pemulihan agresif dan dijangka terus kukuh berbanding Singdollar tahun ini ialah dolar Australia dan Yen Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >