Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF buka pusat baru tingkatkan prestasi askar

Dec 01, 2017 | 03:02 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) tadi membuka sebuah pusat kecemerlangan bagi meningkatkan prestasi setiap askar sedang angkatan tentera itu bakal menghadapi cabaran kekurangan tenaga pada masa depan.



Pusat itu mengumpulkan pakar dari pelbagai bidang seperti sains sukan, psikologi hingga makanan untuk menjadikan anggota tentera lebih cekap dalam pertempuran.



Kerja di Pusat Kecemerlangan bagi Prestasi Askar (CESP) yang baru itu akan membolehkan tentera menjalani latihan lebih pintar, pulih lebih cepat daripada kecederaan, serta menjadi lebih kuat dari segi mental.



Menteri Kedua Pertahanan Ong Ye Kung, yang melancarkan pusat itu, berkata penubuhan pusat tersebut merupakan usaha penting ke arah latihan yang lebih tertumpu dan berkesan.



Pusat baru itu terletak di Kem Selarang di Loyang, dan menyatukan Pusat Kecergasan Angkatan Tentera, Pusat Prestasi Askar dan Makmal Penyepaduan Sistem Askar, menggabungkan sumber ini untuk meraih faedah kepakaran daripada pelbagai bidang yang berbeza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >