Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF kerah perancang sokong usaha perikatan perangi ISIS

Turut buat persiapan untuk hantar pesawat tanki KC-135R
Jan 20, 2015 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan mengerah perancang untuk menyokong usaha perikatan antarabangsa memerangi militan yang menamakan kumpulan mereka Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dalam beberapa bulan akan datang, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.


Perancang SAF itu akan dihantar ke ibu pejabat Pasukan Petugas Gabungan Bersama dan Pusat Operasi Udara Gabungan, katanya di Parlimen semalam.


Singapura juga akan menghantar satu pasukan Pra-Pengerahan Kajian Tapak bagi membuat persiapan bagi pengerahan sebuah pesawat tanki KC-135R kelak dengan kerjasama ibu pejabat Pasukan Usaha Bersama.


Dr Ng berkata demikian semasa menjawab soalan Encik Alex Yam (GRC Chua Chu Kang) mengenai bilangan dan penglibatan tentera SAF yang dikerah bagi menyokong usaha perikatan itu dalam memerangi ISIS, dan apakah lebih banyak sokongan daripada Singapura akan diminta dalam tempoh terdekat.


“Pada peringkat awal penglibatan kami, terlalu awal untuk menentukan apakah akan ada lagi permintaan untuk sokongan lebih besar dari Singapura bagi perikatan itu,” kata Dr Ng.


Pada November lalu, beliau berkata di Parlimen bahawa Singapura akan menyumbang kepada perikatan antarabangsa dengan mengerah pesawat tanki KC-135R untuk mengisi minyak pesawat d i udara, serta sebuah pasukan analisis imej yang akan beroperasi dari negara- negara sekitar Syria dan Iraq bersama tentera bersekutu lain.


Beliau berkata Singapura tidak akan menghantar askar tempur.


Memberi perkembangan mengenai usaha SAF semalam, Dr Ng berkata SAF telah menghantar satu pasukan penilaian keperluan dan kaji selidik kepada ibu pejabat Pusat Perintah Amerika Syarikat.


Seorang pegawai perhubungan juga telah dihantar ke sana sejak Disember lalu bagi memudahkan perancangan dan penyelarasan untuk SAF.


Selain Singapura, perikatan yang diketuai Amerika Syarikat turut disertai banyak negara lain termasuk negara Barat, Asia dan Timur Tengah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >