Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF, RSAF jalankan latihan menembak

Aug 08, 2014 | 05:32 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) akan menjalankan latihan tentera dan menembak menggunakan peluru betul dari 11 hingga 18 Ogos.


Peluru kosong, peluru betul, batang suar (flares) dan pancaran cahaya akan digunakan dalam latihan ini dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak cemas.


Latihan ketenteraan SAF akan bermula pada pukul 8 pagi di Seletar, Marsiling, Jalan Bahar, Neo Tiew, Lim Chu Kang, Jalan Kwok Min, Tuas, Upper Jurong, Hong Kah, Ama Keng, Jeti Bedok, Kranji, Lentor, Simpang, Sembawang dan Mandai.


Latihan menembak menggunakan peluru hidup akan juga bermula pada masa yang sama di Kawasan Penembakan Pasir Laba (SAFTI).


Semua kapal laut dan bot-bot pelayaran yang melalui Selat Barat Johor harus beraya dalam kawasan Laluan Laut yang dibenarkan dan tidak mencerobohi kawasan penembakan, kata SAF dalam satu keyataan.


Latihan Tentera Udara Republik Singapura akan dijalankan di sekitar Pulau Sudong, Pulau Pawai dan Pulau Senang dari jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari, dari 11 hingga 15 Ogos .


Pada 14 Ogos pula, ia akan bermula mulai jam 8 pagi dan berakhir pada 4 pagi keesokan harinya.


Latihan pada 17 Ogos akan dijalankan bermula 8 pagi hingga 12 tengah hari.


Orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi pulau-pulau ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >