Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF tinjau permudahkan IPPT

Jun 30, 2014 | 07:23 PM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) sedang meninjau cara untuk memudahkan ujian kecekapan jasmani perseorangan (IPPT) tanpa menjejas taraf kecergasan seseorang, kata Menteri Pertahan, Dr Ng Eng Hen.


Dalam wawancara sempena Hari SAF hari ini, Dr Ng berkata SAF telah menjalankan kajian terperinci ke atas pasukan-pasukan tentera negara asing untuk menilai bentuk taraf yang sesuai dan sewajarnya supaya mengekalkan tahap kecergasan anggota tentera.


Buat masa ini, ujian IPPT merangkumi lima stesen ujian - sit-up, chin-up, shuttle run, standing broad jump dan larian sejauh 2.4 kilometer.


"Bolehkah kita capai tahap kecergasan tinggi dengan jumlah stesen ujian kecekapan yang kurang, daripada lima stesen yang ada sekarang?


"Kami adalah antara segelintir pasukan tentera yang menggunakan lima stesen ujian. Yang lain gunakan tiga stesen ujian, ada yang lebih, tapi majoriti gunakan ujian yang lebih mudah kerana ia lebih mudah dilaksanakan dan melatih.


"Justeru pihak tentera sedang dalam fasa terakhir untuk menimbang sama ada kami boleh mengadakan ujian yang lebih mudah," kata Dr Ng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >