Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saintis NTU cipta penapis baru upaya kurangi 30% kos rawat air sisa industri

Air
Jul 07, 2016 | 03:07 PM



SAINTIS di Singapura telah membangunkan sejenis penapis baru yang boleh mengurangkan kos rawatan air sisa industri sebanyak 30 peratus.



Ia juga dapat mengurangkan tenaga yang diperlukan sehingga lima kali kerana ia hanya memerlukan tekanan air tahap rendah untuk menapis bahan cemar.



Menggunakan membran osmosis berbalik - kaedah konvensional penapisan air sisa - memerlukan tekanan air sekurang-kurangnya lima kali lebih tinggi.



"Membran baru kami mudah dihasilkan menggunakan bahan kimia kos rendah yang 30 kali lebih murah daripada bahan kimia biasa, menjadikan ia sesuai untuk pengeluaran besar-besaran," kata Profesor Wang Rong dari Universiti Teknologi Nanyang (NTU), yang mengetuai pembangunan itu.



Teknologi itu diumumkan di NTU pada Khamis (7 Julai).



Membran baru itu dapat melakukan fungsi kedua-dua membran, ultraturasan dan osmosis berbalik. Pada masa ini, kedua-dua jenis penapis itu perlu digunakan secara bersama untuk merawat air sisa industri daripada sektor minyak dan gas, sebagai contoh.



Ia mengambil masa dua tahun untuk dibangunkan di Institut Penyelidikan Sekitaran dan Air NTU dan telah diuji ke atas air sisa industri sebenar dalam makmal.



Membran itu selanjutnya akan diuji di loji air sisa De.Mem, sebuah syarikat sampingan NTU, menjelang akhir tahun ini.



Ujian itu akan berlangsung selama enam bulan.



Pada masa ini, kos merawat satu tan air sisa industri sekitar $60 hingga $80.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >