Premium
Saintis reka molekul lawan kuman kebal rawat TB
Jan 7, 2017 | 5:30 AM
LAKUKAN KAJIAN: Saintis, Profesor Madya Rachel Ee dan Encik Jasmeet Singh Khara, merupakan sebahagian daripada kumpulan pengkaji NUS yang membangunkan peptida berbentuk skru gabus dalam usaha melawan bakteria TB yang mempunyai ketahanan terhadap ubat. - Foto THE STRAITS TIMES -
BAYANGKAN sekumpulan askar membawa skru gabus gergasi menembusi dinding kubu dan menguasainya.
Inilah yang sedang diusahakan kumpulan saintis seluruh dunia, di peringkat molekul, dalam perjuangan terhadap superbug, atau kuman kebal - bakteria yang mempunyai ketahanan terhadap antibiotik.

