MEMPUNYAI pandangan jauh, memahami arah aliran ekonomi dan dasar-dasarnya serta meningkatkan kemahiran secara berterusan adalah di antara saranan yang diberikan oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat untuk masyarakat Singapura mengharungi perubahan ekonomi sekarang dan di masa hadapan.
Dalam satu wawancara dengan Berita Harian baru-baru ini, Encik Saktiandi menekankan betapa pentingnya bagi masyarakat Singapura untuk memainkan peranan yang proaktif dan sentiasa mempertingkatkan diri untuk mendapatkan kestabilan pekerjaan dan juga pendapatan mereka.