Salam takziah buat S'pura daripada Valencia, Chelsea & Dortmund

BEBERAPA kelab bola sepak utama Eropah mengirim salam takziah kepada Singapura sempena pemergian mantan Perdana Menteri Lee Kuan Yew, mengikut satu laporan The Straits Times.

Kelab La Liga Valencia, yang dimiliki jutawan setempat Peter Lim, menerbitkan salam takziah yang ditulis Layhoon Chan, presiden Lembaga Valencia.

"Pemegang saham utama, Encik Peter Lim dan pengarah warga Singapura di lembaga amat berdukacita atas pemergian bapa perintis Singapura Encik Lee Kuan Yew.

"Bersama warga setempat lain, kami menabik kasih sayang menyeluruh kepada Singapura. Sesungguhnya, sebagaimana yang dikatakan oleh Encik Lee Hsien Loong, 'kami tidak akan menemui insan lain sepertinya'," kata Encik Chan.

Pendahulu Liga Perdana England Chelsea dan kelab jiran Arsenal, serta kelab Bundesliga Borussia Dortmund, turut mengucapkan salam takziah kepada penyokong mereka di Singapura.

Waktu Solat

Subuh
5:52
Syuruk
7:14
Zuhur
1:17
Asar
4:40
Maghrib
7:18
Isyak
8:31
3 HR PSI: 48
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.