Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES DERA BUDAK HINGGA BAWA MAUT

Saling terkenang Daniel tersayang

Ayah dan penjaga anak bertemu pertama kali
Jul 06, 2016 | 05:30 AM



MEREKA tidak pernah bertemu sebelum ini tetapi apabila Encik Mohamad Nasser Abdul Gani berjumpa dengan penjaga anak kandungnya di mahkamah semalam, beliau tidak dapat menahan sebak dan melahirkan rasa syukur.



Anaknya, Mohamad Daniel Mohamad Nasser, dua tahun, meninggal dunia tahun lalu selepas didera ibu kandungnya, Zaidah, 41 tahun, dan teman lelaki ibunya, Zaini Jamari, 46 tahun.



Mohamad Daniel dijaga Cik Masita Hussin, 51 tahun, sejak dia berusia sebulan sehingga dua tahun tujuh bulan.



Kanak-kanak itu kemudian dijaga seorang penjaga lain antara September dengan awal Oktober lalu sebelum dikembalikan kepada Zaidah. Dia meninggal dunia pada 23 November lalu di bawah jagaan Zaidah.



Encik Mohamad Nasser, yang menyambut ulang tahunnya yang ke-42 semalam, serta Cik Masita hadir di mahkamah bagi mendengar keputusan hakim berhubung kes tersebut.



"Saya nak ucapkan terima kasih kepada penjaga anak saya. Walaupun sekejap dia menjaganya, saya sangat berterima kasih dia telah memberi anak saya kasih sayang sepenuhnya selama itu," ujar Encik Mohamad Nasser yang sedang menjalani hukuman penjara apabila Mohamad Daniel dilahirkan pada 11 Disember 2012. Beliau dibebaskan dari penjara pada Jun 2014.



Ketika ditemui Berita Harian di luar bilik mahkamah, beliau berkata beliau tidak puas hati dengan hukuman yang dijatuhkan hakim dan tidak akan memaafkan Zaidah dan Zaini.



"Hancur dan pedih hati saya. Esok (hari ini) dah Raya tapi saya tak mungkin dapat menyambutnya. Selama setahun saya mencari anak saya selepas saya keluar dari penjara tapi tahu-tahu, saya dapat berita dia sudah tiada.



"Saya teringin nak pakai baju Raya sedondon dengannya dan berjalan Raya bersama tapi itu semua takkan boleh berlaku lagi," kata Encik Mohamad Nasser yang mempunyai dua lagi anak yang berusia 14 dan 17 tahun hasil perkahwinannya sebelum ini.



Menurut Cik Masita pula, beliau dikenalkan kepada Zaidah oleh Cik Puspawati Abdul Razat, 50 tahun, yang tinggal serumah dengan Zaidah.



Tambahnya, Cik Puspawati juga memberitahunya Zaidah akan membayarnya $250 sebulan menjaga Mohamad Daniel.



"Saya memang suka budak dan anak-anak saya pun dah besar. Walaupun kadang-kadang tak cukup kelengkapan susu dan lampinnya, saya tak kisah kerana kami semua sayangkan Daniel," ujar ibu tiga anak yang berusia antara 20 dengan 29 tahun itu.



Mengenangkan 1 Syawal hari ini, Cik Masita berkata beliau amat merindukan keletah anak kecil itu yang antara lain suka warna merah dan menonton filem Hindustan.



Malah, kerlipan lampu lap-lip yang menghiasi rumahnya bagi menyambut ketibaan Syawal juga mengingatkannya kepada Mohamad Daniel yang tidak bosan-bosan menyaksikannya.



Namun bagi Cik Masita, lampu lap-lip itu tidak mungkin bersinar terang lagi seperti gelak tawa riang Mohamad Daniel yang pernah mengisi rumahnya dahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >