Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Salleh Marican menyangkal laporan New York Times

Sep 16, 2017 | 04:18 PM



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Second Chance Properties Ltd, Encik Salleh Marican, telah menyangkal satu laporan akhbar New York Times (NYT) dan mengatakan tukilan beliau di akhbar itu adalah tidak benar.



Menerusi laman Facebook beliau, Encik Salleh, 67 tahun, berkata beliau telah menulis kepada editor NYT bagi meminta penjelasan.



Menurut laporan NYT bertajuk 'Singapura mempunyai Presiden baru, tiada pilihan raya diperlukan' yang diterbitkan Selasa lalu itu, Encik Salleh berkata “jika beliau menang dalam pilihan raya itu, beliau akan memulakan siasatan tentang dakwaan bahawa (Perdana Menteri) Encik Lee (Hsien Loong) telah menyalahgunakan kuasanya dalam perselisihan bersama adiknya”.



Namun, Encik Salleh berkata ini tidak benar.



“Saya tidak pernah mengatakannya dan saya tidak diwawancara The New York Times,” ujarnya.



Encik Salleh merupakan antara dua ahli perniagaan yang telah memohon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden tetapi tidak layak kerana tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi calon daripada sektor privet.



Encik Salleh berkata beliau percaya laporan NYT itu adalah berdasarkan wawancaranya dengan portal The Online Citizen (TOC) yang diterbitkan pada 1 September.



Ketika itu, Encik Salleh ditanya bagaimana beliau merancang menggunakan kuasanya sebagai Presiden Singapura sekiranya menang dalam pilihan raya itu.



Beliau ditanya jika beliau bersedia menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk mengarahkan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) menyiasat tentang PM Lee sekiranya terdapat dakwaan yang boleh dipercayai terhadapnya.



Encik Salleh memuat naik responsnya kepada TOC di laman Facebook beliau lagi, iaitu:



“Antara sebab saya ingin menjadi Presiden ialah saya ingin melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa sikap toleransi sifar terhadap rasuah berkekalan. Ini telah menyumbang kepada reputasi bersih negara ini.



“Selaku Presiden, rakyat Singapura boleh mengharapkan saya untuk mendukung dan melindungi reputasi Singapura yang berharga,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >