BIARPUN zaman sudah berubah dan banyak makanan baru diperkenalkan, bagi Pakar Gigi Kanak-Kanak di The Kids Dentist, Dr Rashid Tahir, beliau tetap menantikan sambal kacang buatan ibunya setiap pagi Syawal.
Hidangan itu yang dimakan bersama ketupat (yang juga dihasilkan sendiri oleh orang tuanya) perlu ada di meja makan.