Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sambut Ramadan dengan hubungan manis

Jun 06, 2016 | 05:30 AM



RATUSAN anggota masyarakat beratur sejak awal pagi semalam untuk mendapatkan kurma sumbangan kerajaan Arab Saudi yang diagihkan di Masjid Ba'alwie.



Seperti lumrah sejak lebih dua dekad lalu, warga Singapura menikmati kurma percuma itu sempena Ramadan.



Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan al-Attas, berkata lebih 40 tan kurma telah tiba dari Madinah dan diterima Masjid Ba'alwie Khamis lalu.



Turut hadir semalam sempena acara pengagihan kurma itu ialah Kaunselor Kedutaan Arab Saudi, Encik Lotfy Jamil Allaf.



Selain Masjid Ba'alwie, masjid- masjid di serata Singapura juga sibuk membuat persiapan akhir bagi menyambut jemaah solat tarawih yang bermula malam tadi - menandakan permulaan bulan suci Ramadan hari ini.



Tinjauan Berita Harian ke Masjid Mujahidin di Stirling Road menunjukkan kakitangan bersama sukarelawan masjid bergotong-royong membersihkan masjid and membungkuskan beg cenderahati kempen #GreenUmmah bagi menggalak jemaah menjimatkan sumber alam dan menggalak kesejahteraan sepanjang Ramadan



Pengerusi Eksekutif Masjid Mujahidin, Encik Muhammad Khairul Jameel Yahya, berkata:



"Kami ingin menggesa jemaah berusaha membantu menjimatkan air semasa mengambil wuduk dengan mengikut amalan Nabi yang menggunakan satu mudd atau 0.5 liter air semasa berwuduk," kata beliau.



Di Masjid Al-Falah di Orchard Road, kesibukan persiapan bagi solat tarawih dan Ramadan turut dirasakan.



Penduduk Punggol pula mempunyai masjid baru - Masjid Al-Islah - yang siap dibina tahun lalu.



Terdapat juga masjid setempat yang menghadapi cabaran prasarana sempena Ramadan ini.



Masjid Al-Muttaqin di Ang Mo Kio misalnya sedang menjalani kerja naik taraf.



Namun pengerusi masjid, Haji Paiman Supangat, berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan keselesaan dan keselamatan jemaah semasa kerja naik taraf dijalankan.



Sekitar Ramadan:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >