Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan Hari Natal tetap meriah

Dec 25, 2020 | 5:30 AM
TETAP MERIAH: Orang ramai mengunjungi dan melanggani pusat beli-belah di sekitar Orchard Road sempena Krismas semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG
TETAP MERIAH: Orang ramai mengunjungi dan melanggani pusat beli-belah di sekitar Orchard Road sempena Krismas semalam. - Foto BH oleh CHONG JUN LIANG -

SEMANGAT perayaan Hari Natal tetap terserlah di negara ini meskipun masih lagi dibelenggu oleh pandemik Covid-19.

Orang ramai kelihatan terus mengunjungi dan melanggani pusat beli-belah di sekitar Orchard Road - seperti di Paragon (gambar kanan) - untuk membeli hadiah dan keperluan di saat terakhir dalam menyambut Hari Natal.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, para pengguna membeli-belah dengan lebih 'tertib' dan teratur kerana perlu mematuhi langkah-langkah jarak selamat, lebih-lebih lagi dalam melangkah ke Fasa Ketiga pembukaan semula ekonomi.

Manakala pihak pengurusan pusat beli-belah pula perlu memastikan dapat mengawal serta mengurus orang ramai sambil menerapkan pelbagai langkah jarak selamat dan mengelak kesesakan.

Antara yang terus menawarkan diskaun atau promosi hebat sempena musim perayaan ini ialah gedung Robinson di Raffles City, yang akan kekal dibuka semasa Hari Natal dan Tahun Baru - walaupun ia belum mengumumkan hari terakhirnya lagi.

Dalam pada itu, jalan raya di Orchard Road dilaporkan kelihatan tetap meriah dengan bermandikan sinaran lampu sedang acara 'light-up' atau penyalaan lampu Hari Natal diteruskan walaupun di tengah-tengah kemerosotan ekonomi akibat Covid-19.

Usaha tahunan itu diteruskan juga dengan harapan ia dapat merangsang kawasan tumpuan beli-belah tersebut, kata beberapa pakar peruncit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg