Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sampah yang ditinggalkan semasa NDP berkurangan dengan banyak

Aug 29, 2016 | 11:14 AM



PENGUNJUNG yang berpesta semasa sambutan Hari Kebangsaan pada 9 Ogos menunjukkan mereka boleh bersikap bertimbang rasa.



Menurut Majlis Kebersihan Awam, yang mengetuai usaha pembersihan di luar Stadium Negara, tempat Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) diadakan, sampah yang ditinggalkan pengunjung berkurangan dengan ketaranya daripada tahun lalu.



Sukarelawan membawa kira-kira 3,000 beg sampah untuk mengisi sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung, tetapi mereka akhirnya menggunakan kurang daripada 200. Sebagai perbandingan, sukarelawan menggunakan kira-kira 1,000 beg sampah semasa pembersihan tahun lepas.



"Kami mendapati kebanyakan orang membawa beg sampah sendiri, dan bertanggungjawab membuang sendiri sampah mereka ke dalam tong sampah," kata Cik Dinie Kartika, 25 tahun, seorang sukarelawan dari Kelab Rotaract ITE College East.



Seramai 331 sukarelawan daripada pertubuhan seperti kelab itu, Waterways Watch Society dan Kelab Lions Mandarin Singapore menyertai usaha pembersihan tahun ini.



Mulai kira-kira 6 petang pada 9 Ogos, mereka pergi ke tiga kawasan - Marina Promenade, Stadium Riverside Walk dan Tanjong Rhu Promenade - tempat mereka yang tidak mempunyai tiket NDP berkumpul.



Di sana, para sukarelawan itu beramah-tamah dengan pengunjung, memberi mereka barang seperti kipas, dan mengingatkan mereka supaya memasukkan sampah di dalam beg sampah dan membuangnya di dalam tong sampah.



Pengerusi majlis itu, Encik Edward D'Silva berkata ia akan terus bekerjasama dengan pelbagai pihak berkepentingan, termasuk orang ramai, untuk menggalak mereka menjaga ruang awam agar bersih semasa dan selepas sesuatu acara.



"Usaha pembersihan NDP tahun ini oleh sukarelawan, dan juga oleh orang awam yang membantu menjaga ruang awam agar bersih, amat menggalakkan. Tetapi lebih banyak yang masih boleh dilakukan untuk membuat Singapura benar-benar bersih," ujarnya.



Di Stadium Negara, tempat sekitar 55,000 orang berpesta, kira-kira 15 tan sampah dikumpulkan, menurut jawatankuasa penganjur NDP.



Tahun lepas, pekerja pembersihan mengumpulkan kira-kira 12 tan sampah dari Padang dan The Float @ Marina Bay selepas perbarisan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >