Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sampul peringatan wang not SG50 disediakan bagi setiap keluarga Singapura mulai 11 November

Sep 30, 2015 | 03:16 PM



DUA sampul peringatan wang kertas SG50 akan disediakan bagi setiap keluarga Singapura dari 11 hingga 30 November, untuk memenuhi permintaan banyak daripada warga Singapura, umum Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu (30 Sep).


Ia boleh diambil, secara percuma, di mana-mana 108 balai rakyat dan kelab masyarakat. Maklumat lanjut akan diumum pada akhir Oktober.


Mereka yang sudah mempunyai set sampul peringatan asal itu - yang mengandungi kesilapan tipografi pada nama Presiden Yusof Ishak dalam buku penerangan kecil bagi wang peringatan $50 itu - dan ingin menukarnya dengan yang baru juga boleh berbuat demikian di CC.


Ini tambahan kepada dua sampul peringatan yang setiap keluarga boleh dapatkan.


Warga Singapura juga boleh mendapatkan sampul peringatan baru itu di cawangan sembilan bank utama, termasuk DBS, POSB, OCBC dan UOB pada lewat November apabila mereka mendapatkan wang kertas peringatan SG50 itu.


MAS merayu kepada orang ramai supaya jangan beratur berkali-kali untuk mendapatkan lebih daripada dua sampul peringatan yang ditetapkan.


Mulai 1 Oktober, warga asing juga boleh mendapatkan wang kertas peringkatan SG50 itu di bank.


Had lima set wang peringatan itu (setiap set terdiri daripada satu wang kertas $50 dan lima wang kertas $10) bagi setiap transaksi untuk setiap individu akan dikenakan.


Bagaimanapun, hanya warga Singapura dibenarkan mendapatkan sampul peringatan itu.


Maklumat lanjut untuk membeli sampul peringatan wang kertas SG50 boleh didapatkan di laman penjualnya di www.sg50gifts.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >