Samsung lancar aplikasi hargai warisan setempat

SINGAPURA telah dipilih sebagai negara pertama Asia Tenggara untuk melancarkan aplikasi bergerak Samsung bagi memudahkan pengguna memahami dan menghargai mercu tanda warisan setempat.

Aplikasi Culture Explorer yang dihasilkan Samsung Electronics Singapore itu memudahkan pengguna belajar tentang warisan Singapura semudah 'tunjuk dan baca'.

Menggunakan teknologi realiti tambahan, pengguna dapat melihat misalnya bagaimana wajah Muzium Negara, Kebun Bunga, Panggung Vivtoria dan Dewan Konsert Victoria di masa dahulu.

Visual-visual itu juga mengandungi maklumat-maklumat mengenai bangunan-bangunan warisan itu, kata Samsung dalam kenyataannya hari ini, Khamis.

Untuk meningkatkan lagi pengalaman pengguna, aplikasi tersebut juga boleh memudahkan pengguna menindan (superimpose) gambar-gambar mereka di atas visual-visual monumen tersebut.

Menjelang Julai ini pula, bangunan warisan The Arts House dan Raffles Hotel akan disertakan dalam aplikasi tersebut.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.