Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Samsung nasihat matikan dan jangan guna Galaxy Note7

Oct 11, 2016 | 09:33 AM



SEOUL: Samsung Electronics Co Ltd memberitahu pelanggannya pada Selasa (11 Okt) supaya berhenti menggunakan telefon pintar Galaxy Note7 mereka sementara ia menyiasat laporan kebakaran pada peranti itu.



Syarikat penerbangan terkemuka Amerika Syarikat dan Australia pada Isnin menggantung jualan atau pertukaran Note7, manakala syarikat penerbangan utama menekankan lagi larangan ke atas penumpang menggunakan telefon itu dalam pesawat.



Ini selepas asap dari sebuah telefon Note7, yang merupakan set pengganti bagi yang asal, memaksa pemindahan penumpang dari sebuah pesawat di Amerika minggu lalu.



Pembuat telefon pintar terkemuka dunia itu berkata ia telah meminta semua syarikat penerbangan global menghentikan jualan Note7 dan pertukaran peranti asal dengan yang baru, sedang ia bekerja dengan pengawal selia untuk menyiasat masalah tersebut.



"Pengguna yang mempunyai baik Galaxy Note7 asal mahupun Galaxy Note7 pengganti harus mematikannya dan berhenti menggunakan peranti itu," kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan.



Keputusan Samsung menarik balik Note7 buat kali kedua dalam dua bulan menekankan kesukaran syarikat Korea Selatan itu membaiki masalah pemanasan berlebihan.



Apabila peranti premium itu dilancarkan pada Ogos ia mendapat sambutan baik daripada pengkritik.



Bagaimanapun, dalam beberapa minggu gambar Note7 hangus mula muncul di media sosial, menunjukkan ada sesuatu serius yang tidak kena dengan alat itu.



Sejak itu Samsung telah memanggil balik 2.5 juta Note7 disebabkan kerosakan bateri, dan laporan terkini mengenai kebakaran pada peranti pengganti itu menimbulkan keraguan baru mengenai prosedur kawalan mutu syarikat tersebut.



"Sedang kami meneruskan siasatan giat kami ke atas laporan telefon terlalu panas dan terbakar di beberapa negara, pengguna harus mematikan dan berhenti menggunakan semua Galaxy Note7. Ini adalah tindakan paling selamat," kata Samsung.



Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna (CPSC) Amerika Syarikat berkata Samsung membuat keputusan tepat dengan menghentikan jualan dan pertukaran peranti itu.



"Tiada sesiapa yang seharusnya berasa bimbang telefon mereka akan membahayakan mereka, keluarga mereka atau harta benda mereka," kata Pengerusi CPSC, Encik Elliott Kaye, dalam satu kenyataan.



Agensi Teknologi dan Piawaian Korea Selatan juga berkata pengguna harus berhenti menggunakan Note7 dan ia akan bekerjasama dengan Samsung mengenai langkah-langkah selanjutnya. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >