DENGAN mengenakan baju hujan sambil mengibarkan bendera Singapura, lebih 100 kakitangan, pelajar, relawan dan jemaah Masjid Mujahidin meredah hujan dan guruh semata-mata mahu memberikan penghormatan terakhir kepada bapa Singapura moden Encik Lee Kuan Yew.
Sekitar 11 pagi, mereka meninggalkan masjid menyeberangi jalan dan 'berbaris' menyertai orang ramai di sepanjang Tanglin Halt dengan membawa sepanduk mengucapkan takziah kepada keluarga Perdana Menteri Lee Hsien Loong, selain kekata mengenang jasa mendiang Encik Lee.