PEMERINTAH akan mempertimbangkan saranan mengenakan denda lebih tinggi kepada mereka yang membiak nyamuk di rumah atau kawasan mereka, sedang kes denggi terus meningkat.
Berucap di Parlimen semalam, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Dr Vivian Balakrishnan, berkata denda yang dikenakan tahun ini adalah serendah $200 bagi pemilik rumah hingga $39,000 untuk kontraktor binaan.