Saranan awal panel Medishield Life

JAWATANKUASA Semakan Medishield Life telah menyarankan agar pemerintah menampung sebahagian besar kos bagi menyertakan warga berpenyakit ke dalam skim perlindungan kesihatan Medishield Life.

Ia menyatakan kos selebihnya harus dikongsi antara warga berpenyakit itu dan mereka yang sudah pun dilindungi skim insurans tersebut.

Itu antara beberapa saranan awal jawatankuasa tersebut yang diumumnya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Antara saranan lainnya ialah menaikkan had tuntutan harian bagi wad biasa dan wad Unit Jagaan Rapi (ICU) kepada 55 peratus dan had tuntutan rawatan pesakit luar bagi pesakit barah untuk rawatan kemoterapi serta radioterapi sehingga 55 peratus.

Ia juga menyarankan had tuntutan sapanjang hayat, yang kini $300,000, ditiadakan bagi Medishield Life.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.