AGENSI Pembangunan Tenaga Kerja (WDA) harus memperuntuk dana bagi menyokong syarikat yang mahu meluaskan perniagaan di rantau ini dan ingin menghantar kakitangan mereka mengikuti kursus bahasa Melayu.
Ini lebih-lebih lagi memandangkan ia adalah bahasa kebangsaan dan kedudukan Singapura dekat dengan Malaysia.