Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sarjan polis dijel enam bulan kerana ekor ganggu temanita

Jun 29, 2016 | 02:26 PM



SEORANG sarjan polis, yang secara haram mengekor ganggu (stalk) temannitanya dengan melakukan tindakan untuk mengganggu beliau tahun lalu dihukum penjara enam bulan pada Rabu (29 Jun).



Adrian Goh Guan Kiong, 38 tahun, orang kedua disabitkan dengan kesalahan mengekor ganggu bulan ini.



Dua minggu lalu, Lai Zhi Heng, 26 tahun, menjadi orang pertama disabitkan dengan kesalahan itu dan dihukum penjara 12 bulan - enam bulan setiap satu bagi kesalahan mengekori dan melakukan perbuatan gopoh.



Penolong Pendakwa Polis (APP) Thiagesh Sukumaran berkata Goh, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, mengenali wanita berusia 25 tahun itu pada akhir 2011 semasa cuti universiti beliau. Mereka kemudian menjadi kekasih.



Ini berterusan selepas wanita itu mula bekerja di sebuah jabatan pemerintah.



Ketika mereka bersama, Goh mengambil gambar bogel beliau dengan izinnya dan berjanji tidak akan mengedarkannya.



Hubungan mereka tegang dari masa ke masa. Goh berasa dia menghabiskan terlalu banyak wang untuknya dan tidak risau beliau mempunyai hubungan rapat dengan beberapa rakan lelaki sekerjanya. Mereka bertengkar beberapa kali akibatnya.



Apabila Goh mendapat tahu beliau akan pergi ke Malaysia dengan seorang rakan sekerja lelaki Ogos lalu, dia menjadi geram dan marah.



Ketika mereka makan tengah hari di Causeway Point pada 31 Julai tahun lepas, temanita Goh menyerahkan telefon bimbitnya kepadanya. Goh kemudian pergi ke tandas.



Goh memindahkan gambar bogel yang dia petik ke telefon temanitanya. Dia menghantar empat imej ke kumpulan sembang WhatsApp beliau berserta mesej sebelum menghapuskannya dari telefon beliau.



Apabila telefon itu berdering, dia mengabaikannya. Tidak lama kemudian, dia menghantar mesej "Oops... salah kumpulan sembang Ps".



Dia kemudian menyertai semula temanitanya dan memulangkan telefon beliau, selepas dia memadam semua mesej.



APP Thiagesh berkata Goh menghantar gambar dan mesej itu dengan niat memalukan dan menghina beliau.



Apabila mangsa mendapat tahu tentang gambar bogel dan mesej itu, beliau bertanya Goh, yang menafikan menghantarnya.



Pada 3 Ogos, Goh mencipta satu akaun e-mel palsu. Dia menghantar e-mel kepada pegawai kanan temanitanya dan mendakwa beliau dan rakan sekerjanya melakukan hubungan seks di tempat kerja, yang dia tahu adalah palsu.



Pada hari sama, Goh mengepos surat kepada ayah temanitanya untuk menyatakan bahawa dia terlibat dalam "hubungan seks sebelum kahwin" dengan dua lelaki, kerana dia tahu keluarganya penganut Kristian yang kuat.



Mangsa membuat laporan polis pada 3 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >